Cawan mengikut saiz menu
Pilih saiz cawan mengikut menu anda, contohnya 12oz, 14oz, 16oz dan 20oz. Gunakan saiz yang sama secara konsisten supaya harga dan resipi mudah dikawal.
Penutup yang sepadan
Penutup rata sesuai untuk minuman biasa dengan straw. Penutup kubah sesuai untuk minuman bertopping seperti krim. Pastikan penutup sepadan dengan saiz cawan.
Straw
Straw bengkok dan straw lurus untuk minuman biasa. Sediakan stok yang cukup kerana straw cepat habis.
Beg dan kotak untuk tapau
Beg kertas untuk pesanan bawa pulang, dan kotak burger kertas atau plastik untuk burger dan sandwic.
Sudu kecil untuk pencuci mulut
Sudu aiskrim atau sudu kecil jernih untuk puding, aiskrim dan pencuci mulut.
Simpan stok dengan bijak
Kira penggunaan harian anda selama seminggu, kemudian beli stok untuk beberapa minggu. Membeli secara borong biasanya lebih menjimatkan untuk barang yang digunakan setiap hari.
Saiz cawan apa yang paling biasa untuk kafe?
Saiz 12oz hingga 16oz paling biasa untuk minuman harian. Pilih mengikut menu dan harga anda.
Penutup rata atau penutup kubah?
Penutup rata untuk minuman biasa dengan straw. Penutup kubah untuk minuman bertopping.